Dari Portal MyKMU:- Seorang penumpang pesawat Air Asia ke Ho Chi Minh, Vietnam (AK 520) pagi tadi mempersoalkan mengenai keselamatan pesawat terbabit apabila beliau ternampak rekahan / keretakan di bahagian enjin sayap sebelah kiri pesawat.
Penumpang terbabit yang menghubungi Mykmu.net menyatakan ia dirakamkan sebelum turun dari kapal terbang semasa tiba di Ho Chi Minh.
Beliau berharap Air Asia memberi penjelasan lanjut sama ada keretakan seperti di bawah sesuatu yang normal atau berbahaya kepada penumpang.
No comments :
Post a Comment